14 September 2024 - Alhamdulillah, 2 orang pelajar MTSFAZ iaitu:
1. Luth Faisal Lutfi bin Faizal (Tahun 5)
2. Ahmad Elyas Hakimy bin Muhammad Javed Anwar (Tahun 5)
mewakili Kelab Robotik MTSFAZ x JAZRO, telah menyertai Malaysia MakeX Robotic Competition 2024 yang berlansung sempena MyDigitalMaker Fair 2024.
Penglibatan ini adalah buat pertama kali bagi pelajar MTSFAZ sepanjang penubuhan Kelab Robotik yang bermula pada Ogos yang lalu. Kami mewakili pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas penyertaan dan usaha kedua² peserta dan terima kasih juga di atas sokongan, komitmen dan kerjasama daripada ibu bapa pelajar yang banyak menyokong anak² dalam bidang robotik ini. Tidak dilupakan tenaga pengajar daripada JAZRO Robotik yang sentiasa bersedia membimbing pelajar² ini.
Semoga langkah yang pertama ini akan meningkatkan lagi semangat pelajar² dalam bidang robotik.
Daftarkan anak-anak anda di Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) dan saksikan mereka berkembang menjadi generasi khalifah dan Huffaz profesional yang mampu berdaya saing serta memberi impak besar kepada ummah.
Berteraskan pendidikan integrasi dan holistik yang menggabungkan akademik, tahfiz, dan modal insan, MTSFAZ berusaha semaksima mungkin untuk menyediakan pendidikan yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Anak-anak anda tidak hanya akan mendalami Al-Quran dan hadith, tetapi juga akan mengikuti silibus pendidikan aliran perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Penekanan yang berterusan untuk modal insan pelajar juga sangat dititikberatkan melalui pengaplikasian modul Khalifah 5A bagi memastikan akhlak Islami dalam diri terus terpelihara.
MTSFAZ memiliki fasiliti pendidikan yang lengkap dan suasana pembelajaran yang sangat kondusif. Ditambah pula dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dan berdedikasi. Alhamdulillah, MTSFAZ telah berjaya melahirkan para pelajar yang memiliki prestasi akademik cemerlang dan keperibadian yang unggul serta berjaya menempatkan diri di sekolah-sekolah terbaik di seluruh Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk pendidikan terbaik bagi anak² anda demi masa depan yang lebih berkualiti. Hubungi kami di MTSFAZ untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Mari kita bersama-sama membina generasi Khalifah dan huffaz profesional yang mampu meneruskan legasi dakwah!
27 Julai 2024 - Alhamdulillah, (Sabtu) yang lalu, Majlis Syura MTSFAZ (MSM) telah menganjurkan satu program sukan sunnah yang sangat menarik dan bermanfaat. Seramai 36 orang pelajar MTSFAZ telah menyertai program "Pengenalan Awal Sunnah Berkuda" ini dan mendapat ilmu yang sangat berharga sepanjang kelas tersebut.
Program ini telah dijalankan di Rubinga Equestrian Park Gombak bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Turut hadir bersama adalah Ketua Biro Modal Insan (MSM), En Shahmin Hasmadi Bin Ahmad, yang menunjukkan komitmen pihak MSM dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Sepanjang program, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan sukan sunnah berkuda, antaranya:
"Grooming Horse"
Pelajar telah belajar cara menjaga dan merawat kuda dengan betul, termasuk menyikat bulu, membersihkan kuku dan memastikan kuda sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.
"Cleaning Stable"
Pelajar juga telah diajar cara membersihkan kandang kuda dengan betul, membuang kotoran dan memastikan persekitaran yang selesa untuk kuda.
"Lead the Horse"
Salah satu aktiviti yang paling menarik adalah menunggang kuda di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman. Pelajar telah belajar cara memegang tali kekang, mengawal pergerakan kuda dan menunggang dengan selamat.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Syura MTSFAZ (MSM) atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.