pengumuman

  • MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT

    logo mtsfaz 140 100

     

    MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT

    Assalamualaikum W.B.T
    Pejabat dan koperasi MTSFAZ akan ditutup pada hari Khamis & Jumaat (24hb & 25hb Disember) bersempena cuti umum Maulidur Rasul dan hari Natal.

    Pejabat & koperasi sekolah akan kembali beroperasi semula pada hari Sabtu, 26hb Disember 2015.

    Jadual operasi pejabat adalah seperti berikut:
    Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 4.30 petang
    Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 1.00 petang

    *Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

    Sekian , terima kasih.

  • MAKLUMAN: Jadual Operasi Pejabat

    logomtsfazsmall

     

    Assalamualaikum W.B.T

    Pejabat MTSFAZ akan beroperasi pada bulan Disember (termasuk hujung minggu) bagi urusan pembayaran yuran dan pembelian buku & pakaian seragam. Jadual operasi pejabat adalah seperti berikut:

    Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 4.30 petang
    Sabtu - Ahad : 10.00 pagi - 1.00 petang

    Sila hubungi pihak sekolah di talian 03-6177 4315 untuk sebarang pertanyaan.

    *Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.



    Sekian , terima kasih.

  • PENAJAAN PROGRAM TAHFIZ SEPENUH MASA

    717a6793 dc73 4afa 8ffe 9a1403a4116b

  • PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

    logo mtsfaz 140 100

     

    PENTING

    Assalamualaikum W.B.T

    Memandangkan IPU terkini mencatatkan bacaan sangat tidak sihat, justeru pihak sekolah terpaksa mengumumkan penutupan sekolah buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Pihak sekolah akan mempertimbangkan pembukaan semula sesi persekolahan apabila IPU mencatatkan bacaan lebih rendah daripada 120 sahaja. Walaubagaimanapun, Sebarang PEGUMUMAN pembukaan /penutupan sesi persekolahan SELEPAS INI akan dibuat melalui WEBISTE dan FACEBOOK sekolah. Justeru, mohon ibubapa/penjaga mengikuti perkembangan terkini melalui medium yang telah dimaklumkan. Pihak sekolah memohon maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan ini.

     

    Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PSRA pada Isnin ini, pihak sekolah masih tidak mendapat sebarang makluman berkenaan penangguhan tarikh peperiksaan daripada pihak JAIS. Oleh itu, pelajar tahun 6 perlu hadir seperti yang dijadualkan melainkan terdapat sebarang makluman berbeza yang akan kami umumkan melalui website atau facebook sekolah selepas ini. Harap maklum.

  • PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

    logo mtsfaz

     

    PENUTUPAN SEKOLAH SELAMA 2 HARI AKIBAT JEREBU

    Assalamualaikum W.B.T

    Memandangkan keadaan jerebu mencatatkan bacaan sangat tidak sihat, pihak sekolah terpaksa mengumumkan penutupan sekolah selama 2 hari iaitu pada Isnin dan Selasa (5hb - 6hb Oktober 2015)

    Peperiksaan Semester 2 yang dijadualkan bermula esok akan ditangguhkan ke hari Rabu, 7hb Oktober 2015. Justeru, murid-murid akan memulakan peperiksaan dengan jadual hari Rabu. Jadual hari Isnin dan Selasa akan diganti ke minggu seterusnya.

    Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPKK pada Isnin ini, pihak sekolah masih belum mendapat sebarang makluman berkenaan penangguhan tarikh peperiksaan. Oleh itu, pelajar tahun 5 perlu hadir seperti yang dijadualkan melainkan terdapat sebarang makluman berbeza yang akan kami umumkan melalui website atau facebook sekolah selepas ini.

    Harap maklum.

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61872672 / 016-2154015/ 016-2154014

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

227249
TodayToday21
YesterdayYesterday87
This MonthThis Month2037
All DaysAll Days227249
You are here: Home