Motivasi Pelajar 2018

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahra 24 Januari– Ba­gi meningkatkan motivasi murid-murid pada awal tahun ini, MTSFAZ telah mengadakan Program Motivasi pelajar bersama Pencetus Ummah Hafiz. Program membabitkan seramai 280 murid dan kira-kira 30 guru itu merupakan program inisiatif pihak MTSFAZ untuk menyuntik semangat murid-murid menuntut ilmu agama mahupun ilmu dunia.“Program kali ini agak berbeza kerana kita melibatkan Pencetus Ummah Hafiz  sebagai Penyuntik Semangat anak-anak MTSFAZ untuk menghafal AlQuran dan menuntut ilmu dunia dan agama. Peranan beliau adalah untuk berkongsi rahsia kejayaan selain memberi dorongan untuk murid-murid mendalami ilmu. Antara pengisian yang diberi adalah seperti teknik pem­belajaran dan motivasi pelajar serta slot kerjaya. 

 

You are here: Home artikel terkini mtsfaz Motivasi Pelajar 2018