LATIHAN KEBAKARAN 2018

 

Latihan kebakaran telah pun dijalankan di Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah pada 8 Feb 2018. Masa yang di ambil oleh warga MTSFAZ untuk mengosongkan kawasan sekolah untuk berkumpul di padang pada sesi latihan kebakaran kali ini adalah lebih kurang 3 minit, catatan masa lebih baik berbanding latihan kebakaran yang di lakukan pada tahun lalu. 

 

Objektif :

1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran . 

2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.

3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Prosedur :

1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran

2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.

3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah / di padang (kawasan lapang) mengikut plan kebakaran sekolah masing-masing.

4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.

5. Pihak Bomba dan Penyelamat menunjukkan demonstrasi kebakaran. 

6. Murid pulang ke kelas masing-masing setelah tamat latihan kebakaran. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program Hari Bersama Polis

 

Pada hari Rabu bersamaan 7 Februari 2018, Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahrah telah mengadakan Program Hari Bersama Polis.  Ceramah berkaitan "Bahaya Jenayah Buli, Gangsterime dan Vandalism dalam Kalangan Pelajar" disampaikan oleh anggota polis SM Jamlus, Timbalan Ketua Balai Polis Gombak.

Program ini dibuat bagi memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai keburukan jenayah buli dan vandalism dalam kehidupan. Pelbagai tips dan peringatan yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar agar terhindar daripada jenayah tersebut. 

Pada akhir program ini, sedikit cenderahati diberikan kepada wakil anggota polis daripada Balai Polis Gombak yang sudi memberi penerangan kepada warga sekolah.  Semoga mereka diberi ganjaran atas usaha dan penglibatan mereka. Seterusnya, semoga anak-anak MTSFAZ dipelihara daripada melakukan jenayah tersebut. Akhir kata, semoga  usaha pihak sekolah dan guru guru untuk mendidik anak anak MTSFAZ mendapat keredhaan Allah.

 

 

 

 

 

 

 

Kem Kepimpinan Pengawas Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahrah 2018

 

Pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaan 2 dan 3 Februari, badan pengawas sekolah telah menjalankan program Kem Kepimpinan Pengawas Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahrah 2018 di persekitaran kawasan sekolah serta Taman Rekriasi Titiwangsa Kuala Lumpur. Program ini bermula pada pukul 2 petang (2/2/18) sehingga 2 petang (3/2/18).

Penglibatan seramai 60 orang pelajar merangkumi pengawas dan pustakawan. Kem ini dijalankan untuk meningkatkan potensi pengawas pengawas menjadi pemimpin di sekolah sejurus membantu guru mengawal disiplin pelajar. Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya adalah seperti aktiviti latihan dalam kumpulan, senamrobik, pengemis buta, ‘explorace’ dan banyak lagi aktivii yang menarik telah dijalankan. 

Kem ini dipantau oleh para guru-guru MTSFAZ. Pada akhir kem  ini, majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya memenangi pertandingan yang telah disediakan oleh pihak sekolah bagi memberi ganjaran atas usaha dan penglibatan mereka. Semoga usaha pihak sekolah dan guru guru untuk mendidik anak anak MTSFAZ mendapat keredhaan Allah.

 

 

 

 

 

===========
MAKLUMAN
===========

Assalamualaikum w.b.t
.
Dimaklumkan Ujian Penilaian Kemasukan Sekolah (UPKS) untuk kemasukan murid baru tahun 2019 akan diadakan pada ketetapan berikut :

📅 Tarikh       : 3 Mac 2018 (Sabtu)
🕘 Masa         : 8.45 pagi
🏢 Tempat     : Dewan MTS Fatimah Az-Zahrah
📩 Tahun       : Tahun 1-6 (2019)

 

Mohon bawa bersama:

1⃣ salinan sijil lahir murid
1⃣ salinan mykid murid
2⃣ keping gambar murid (ukuran passport)
1⃣ salinan kad pengenalan ibubapa
1⃣ salinan slip gaji ibubapa
1⃣ salinan sijil nikah ibubapa
1⃣ salinan bil air / elektrik
▶ bayaran ujian RM20
▶ alatan tulis (pensil, pemadam & pembaris)

📞 Sebarang pertanyaan sila hubungi 0162154015

 

Jika berminat, sila isi maklumat pada borang pendaftaran dibawah. 

Borang pendaftran

 

 

 

MTSFAZ - UPKK 2017, Seramai  19 Orang Murid Catat Keputusan 8A, Rekod 100% Lulus

Alhamdulillah..tahniah dan syabas kepada semua pelajar MTSFAZ UPKK 2017, diatas kejayaan yang memberangsangkan dalam pengumuman keputusan peperiksaan UPKK 29 Januari 2018 yang lalu.


Sekali lagi rekod tercipta, sekaligus mencatatkan peningkatan dalam peperiksaan ini.

 

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61774315 / 016-2154015

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

239548
TodayToday54
YesterdayYesterday86
This MonthThis Month1641
All DaysAll Days239548
You are here: Home artikel terkini mtsfaz