Perhatian kepada semua ibubapa/penjaga pelajar MTSFAZ . Pihak sekolah baharu sahaja mendapat pengesahan pengambilan bangunan bersebelahan bagi menampung  kapisiti pelajar yang semakin bertambah. Oleh yang demikian, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan sekolah hanya dapat dijalankan sekarang  dan akan mengambil sedikit masa  bagi proses penaiktarafan.  Atas dasar tersebut dan sebab-sebab keselamatan dan kesihatan, pihak MTSFAZ  akan menunda tarikh kemasukan bagi sesi persekolahan 2014 kepada:

Hari : Isnin
Tarikh : 6hb Januari 2014
Masa  : 7.45 pagi
Pakaian : Seragam sekolah lengkap

Pihak MTSFAZ ingin memohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi apabila hadir ke sekolah:

1.Label pakaian, kasut, buku-buku, bekalan air/makanan serta barangan peribadi murid.

2. Murid perlu membawa alat tulis sahaja dan tidak perlu membawa buku-buku ke sekolah pada hari pertama persekolahan, kerana sesi orentasi murid akan dijalankan.  Murid hanya perlu membawa buku bermula pada hari kedua persekolahan iaitu pada hari selasa, 7hb Januari 2014.

3.Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan untuk menunggu/berada di kawasan sekolah tanpa sebarang urusan. Ini bagi membantu proses adaptasi murid berlaku dengan lebih mudah dan pantas.

4.Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah murid sepanjang sesi persekolahan sedang berlangsung.Hanya ibubapa/penjaga yang ingin membuat pembayaran yuran sahaja dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah.

Kami memohon maaf di atas  kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan/puan. Harap maklum

mtsfaz sample2

"Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi  Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikutnya yang sentiasa menjunjung sunnahnya sehingga ke hari kiamat". Berikut adalah butiran terperinci mengenai aktiviti-aktivi sekolah sepanjang bulan  Mei 2013:

BERIKUT ADALAH TARIKH-TARIKH PENTING SEPANJANG BULAN MEI 2013:

1 Mei 2013  : Cuti Umum sempena Hari Buruh
6 Mei 2013  : Cuti Berganti sempena  Pilihanraya Umum  2013
2-16hb Mei 2013  : Latihan Minggu Pemantapan Kendiri dan Hari Sukan
8 Mei 2013  : Sesi Penerangan Kesihatan bersama  Yakult
11 Mei 2013  : Hari Kad Kemajuan
15-16 Mei 2013  : Sesi Pertandingan Minggu Pemantapan Kendiri
17 Mei 2013  : Sambutan Hari  Guru peringkat sekolah
19 Mei 2013  : Hari Sukan peringkat sekolah


1. LATIHAN MINGGU PEMANTAPAN KENDIRI DAN HARI SUKAN
Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah atau t-shirt putih serta seluar sukan sepanjang sesi latihan bagi Minggu Pemantapan Kendiri (MPK) dan Hari Sukan.

2. KELAS INTENSIF, IQRA’ DAN AKTIVITI KO-KORIKULUM
Sepanjang bulan Mei ini, pihak sekolah akan menangguhkan kelas intensif dan aktiviti ko-korikulum sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Jesteru itu, ibubapa/penjaga boleh mengambil anak jagaan masing-masing setelah tamat sesi persekolahan pada jam 4 petang pada setiap hari. Walaubagaimanapun, kelas Iqra’ pada jam 8.00 hingga 9.00 malam akan berjalan seperti biasa pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu setiap minggu persekolahan.

3. KELAS TAHFIZ
Pelajar-pelajar perlu membawa buku Iqra’, hafazan dan muraqibun nafsi serta peralatan menulis ke sekolah, kerana kelas tahfiz akan berjalan seperti biasa.

4. CUTI BERGANTI SEMPENA PILIHANRAYA UMUM 2013
Sekolah akan bercuti pada hari Isnin, 6 Mei 2013 sehari selepas hari mengundi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan di saat akhir, pihak sekolah akan membuat makluman melalui papan pengumuman sekolah, laman sesawang sekolah dan laman facebook. Pihak sekolah akan menggantikan hari persekolahan tersebut pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

5. SESI PENERANGAN KESIHATAN DAN JUALAN BUKU
Satu sesi penerangan kesihatan bersama YAKULT akan diadakan semasa sesi latihan hari sukan dan latihan MPK iaitu pada hari Rabu, 8 Mei, jam 2.30 petang. Serentak dengan itu, satu jualan buku cerita kanak-kanak, buku agama, motivasi, dan lain-lain akan turut diadakan. Sila bekalkan wang pembelian buku dan minuman YAKULT sekiranya pelajar berminat untuk membeli barangan tersebut berdasarkan brochure yang akan diedarkan kepada pelajar sebelum hari program.

6. HARI PENYERAHAN KAD KEMAJUAN
Ibubapa/penjaga sekalian dijemput hadir bagi membincangkan prestasi pelajar sekaligus membuat penyerahan buku laporan kemajuan pelajar pada hari Kad Kemajuan yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 11 Mei 2013 bermula 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kehadiran amat digalakkan terutama bagi pelajar yang lemah. Ibubapa yang masih belum menjelaskan baki yuran pendaftaran atau pun yuran bulanan diwajibkan melunaskan segala pembayaran terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan guru kelas pelajar. Keputusan peperiksaan semester 1 pelajar juga boleh di akses melalui pautan e WARIS di laman sesawang sekolah (www.edufaz.com.my) atau terus melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mulai 13 Mei 2013. (sps2.net.my/mtsfaz/sps/ewaris/index.php).

7. HARI GURU
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013 pada hari Jumaat 17 Mei, pelajar MTSFAZ diminta untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian baju melayu bagi pelajar lelaki dan baju kurung biasa serta bertudung bagi pelajar perempuan. Pelajar-pelajar digalakkan membawa makanan atau minuman yang bersesuaian untuk sama-sama meraikan guru-guru yang dikasihi. Sesi persekolahan akan tamat seperti biasa iaitu pada jam 12.30 tengah hari.

8. HARI SUKAN MTSFAZ 2013 (SUKFAZ)
SUKFAZ 2013 insyaallah akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2, pada hari Ahad, 19 Mei 2013. Ibubapa/penjaga serta pelajar diminta untuk terus berada di padang SK Taman Seri Gombak 2 seawal 7.30 pagi dan menghantar pelajar terus kepada guru rumah sukan masing-masing. Pelajar wajib memakai t-shirt rumah sukan lengkap dengan berkasut sekolah. Ibubapa/penjaga perlu memastikan pelajar mengambil sarapan pagi terlebih dahulu di rumah sebelum menyertai aktiviti hari sukan. Bagi memeriahkan majlis, terdapat acara-acara dalam kategori dewasa untuk penyertaan ibubapa/penjaga. SUKFAZ dijangka berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Berikut dilampirkan bersama pelan lokasi padang tersebut untuk rujukan tuan/puan.

9. CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI SUKAN
Bersempena SUKFAZ 2013, sekolah akan bercuti pada hari Isnin, 20 Mei 2013. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada hari Selasa 21 Mei 2013.

10. CUTI PERTENGAHAN TAHUN
Sempena cuti persekolahan yang akan datang, pihak sekolah berharapi bubapa/ penjaga dapat memantau sahsiah dan aktiviti-aktiviti pelajar dirumah. Dimintai bubapa/penjaga memperuntukkan masa setiap hari bagi pelajar mengulangkaji pelajaran dan hafazan. Pelajar akan dibekalkan dengan kerja rumah iaitu Fail Tahriri (penulisan isi Al Quran yang telah dihafal oleh pelajar). Pihak sekolah dengan kerjasama Pensyarah Fakulti Arkitek, UIAM, Gombak akan menganjurkan “Art Class” sebagai program cuti sekolah. Perincian program akan dimaklumkan semasa Hari Kad Kemajuan oleh Pensyarah yang bertugas sendiri.

11. PENDAFTARAN SESI 2014
Pihak sekolah akan mula membuka pendaftaran bagi sesi persekolahan 2014 kepada pelajar semasa bermula pada bulan Mei 2013. Memandangkan pertambahan pelajar yang semakin meningkat saban tahun, pihak sekolah terpaksa menghadkan kemasukan pelajar. Oleh yang demikian, bagii bubapa/penjaga yang masih berminat untuk menyambung persekolahan pelajar di MTSFAZ, tuan/puan diminta mendaftar seawal mungkin bagi tujuan tempahan tempat. Bagi menghargai ibubapa/penjaga yang telah bersama-sama pihak sekolah dari awal penubuhan sekolah sehingga tahun kedua ini, pihak sekolah akan memberi potongan yuran pendaftaran sebanyak RM30 bagi setiap pelajar semasa yang berdaftar pada bulan Mei 2013 ini iaitu sebanyak RM 270 sahaja berbanding harga asal iaitu RM300. Pembayaran Yuran Pendaftaran yang dibuat selepas daripada Mei 2013 akan dikenakan harga biasa iaitu RM 300.

12. YURAN BULANAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014
Untuk makluman ibubapa/penjaga mulai Januari 2014, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengembalikan Yuran Bulanan kepada harga sebenar sebelum promosi iaitu RM320 sebulan. Kenaikan yuran ini dibuat setelah melihat dan mengkaji kepada kenaikan taraf hidup serta kos pentadbiran dan penyelenggaraan sekolah yang semakin bertambah.

13. INSENTIF HAFAZAN
Bagi meningkatkan motivasi pelajar dan ibubapa/penjaga, pihak sekolah menawarkan insentif kepada pelajar yang berjaya menghafaz dengan lancar juzuk 29 dan 30 sehingga Disember 2013 dengan anugerah insentif bernilai RM600 dalam bentuk pengurangan yuran bulanan sebanyak RM50 setiap bulan sepanjang tahun 2014. Ibubapa/penjaga bagi pelajar terbabit hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM270 sahaja berbanding nilaian sebenar iaitu RM 320.

14. PAS MAKAN
Bagi pelajar yang tertinggal atau kehilangan PAS MAKAN, pihak sekolah ada menyediakan PAS SEMENTARA yang boleh dipinjam oleh pelajar . Pelajar perlu mengadukan hal ini ke pejabat sekolah untuk menggantikan pas yang rosak atau hilang.

Notis : HARI PERBINCANGAN PRESTASI PELAJAR     PDF        Print        E-mail    

Tuan / Puan,

HARI PERBINCANGAN PRESTASI PELAJAR

Semoga tuan/puan dikurniakan kekuatan iman dan kesihatan yang baik dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah SWT.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah ingin menjemput  ibubapa/penjaga pelajar  Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah untuk hadir ke sekolah bagi membincangkan prestasi pelajar secara individu  dengan guru kelas masing-masing. Butiran program adalah seperti berikut : Tarikh   : 13hb Oktober 2012 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat  : Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah

3.    Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan  kedatangan tuan/puan dan meminta agar tuan/puan menepati masa perbincanagn seperti yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan program.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian,wassalam.

“SEMOGA KEIKHLASAN USAHA KITA DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH S.W.T“

Yang Benar,

NAZRATUN NAFIZAH BINTI AKHTAR HUSIN,
Guru Besar MTSFAZ

Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah (MTSFAZ) akan menganjurkan program sehari iaitu Program Junior Khalifah MTSFAZ 2013 pada:

Tarikh: 23hb April 2013
Hari: Selasa
Tempat:  Kem Smart Bkerp, Kampung Lebu, Bentong
Masa Berkumpul: 7:00 Pagi
Tempat Berkumpul: Dewan Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah
Pakaian: Pakaian Sukan Lengkap (T-Shirt Sukan Sekolah, Seluar Track Hitam/Biru dan Kasut Hitam Sekolah)
Peralatan/Keperluan: Buku Nota dan Alat Tulis serta Sehelai Persalinan(Persedian)
Masa Balik: 7:00 Petang

Program ini merupakan aktiviti rasmi sekolah dan diwajibkan kepada semua pelajar MTSFAZ. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat jati diri yang kental, keberanian, keyakinan dan kepimpinan selain dari melatih pelajar untuk bergerak secara individu mahupun berkumpulan. Penekanan ini amat penting untuk mencapai misi MTSFAZ kerana ia merupakan salah satu aset pendidikan insan yang seimbang.

Sehubungan itu, sesi persekolahan akan bercuti pada 24hb April 2013 (Rabu) sempena cuti peristiwa Program Junior Khalifah dan beroperasi semula pada 25hb April 2013 (Khamis) untuk sesi latihan Minggu Pemantapan Kendiri dan Hari Sukan seperti biasa.

Pihak sekolah berharap agar ibu bapa/penjaga dapat memberikan sokongan padu dengan menggalakkan kehadiran pelajar bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Wassalam.
“SEMOGA KEIKHLASAN USAHA KITA DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH S.W.T“

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61872672 / 016-2154015/ 016-2154014

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

227246
TodayToday18
YesterdayYesterday87
This MonthThis Month2034
All DaysAll Days227246
You are here: Home artikel terkini mtsfaz