logo mtsfaz

Makluman kepada semua ibubapa, buletin bulan April telah diedarkan kepada pelajar.

Berikut adalah intipati buletin bagi bulan April:

  1. Forum “Pemantapan Akidah” yang akan diadakan pada 24hb April 2015(Jumaat) pada pukul 8.00 malam di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak Fasa 7, Selangor Darul Ehsan.
  2. Kem “Super Caliphs” yang akan diadakan untuk pelajar tahun 3,4,5 dan 6 pada 29hb April 2015 (Rabu) di Taman Metropolitan Kepong.
  3. Kelas IQRA’ dan aktiviti ko-kurikulum akan diadakan seperti biasa pada bulan April ini. Oleh yang demikian, sesi persekolahan akan tamat pada jam 5.00petang pada setiap hari Rabu.
  4. Program Gerak Gempur Kecemerlangan UPSR & PSRA 2015 untuk pelajar Tahun 6.
  5. Pihak sekolah meminta jasa baik ibubapa/penjaga menjadi wakil hebahan wakaf dan zakat untuk berwakaf atau membayar zakat di MTSFAZ.

Harap maklum.

Pada 18hb April yang lepas, MTSFAZ telah menghantar beberapa orang pelajar menyertai pertandingan hafazan dan azan di Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak bersempena Karnival Imarah Masjid. Seramai 10 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan.

 

 

AlE0OZHOUxsBAzhJvejZigdOpWSYv36SlNbmNr dXbuI

Adik Isra' sedang memperdengarkan bacaan hafazan.

 

Pelajar tahun 4 Saidina Abu Bakar, adik Isra' Binti Czar Zamhudy telah meraih tempat pertama dalam kategori hafazan. Manakala adik Kauthar Hakimi Bin Khairulnizam juga dari tahun 4 Saidina Abu Bakar telah meraih tempat kedua dalam kategori hafazan.

 

AkCNUjNvOm2MKhjkZPAnp9yN1y0nBJ98 M5LleyUxNlJ

Adik Kauthar Hakimi mengambil hadiah tempat kedua.

 

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya. MTSFAZ mendoakan semoga anak-anak didik MTSFAZ terus cemerlang dan berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Makluman kepada semua ibu bapa, Buletin Februari 2014 telah di edarkan kepada pelajar.

Ibu bapa perlu peka terhadap pengisian yang telah dimaklumkan antaranya :

  1. Waktu persekolahan hari Jumaat telah ditukar kepada 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
  2. Waktu persekolahan hari Rabu ditetapkan dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kecuali pada 19hb Feb 14 pelajar akan pulang pukul 4.00 petang kerana minggu peperiksaan.
  3. Pengiraan OT telah bermula pada awal Februari bagi pelajar yang pulang lewat.
  4. 08/02/2014 - Program Motivasi Ibu Bapa (9.30 pagi hingga 11.30 pagi) Di Dewan Saidatina Aisyah MTSFAZ.
  5. Latihan Karatedo dan Silat akan mula dijalankan pada 08/02/2014 seperti yang dimaklumkan dalam buletin
  6. 17 hingga 21/02/2014 - Ujian Penilaian 1.
  7. Borang Pembelian Buku Latihan perlu dipulangkan sebelum atau pada 08/02/2014

Harap Maklum.

Program "Super Caliphs Camp"

As salam'alaik kepada semua ibubapa dan penjaga. Alhamdulilah, MTSFAZ telah mengadakan program "Super Caliphs Camp" pada 11 Mac 2015 (Rabu) di Institut Kraf Negara (IKN), Rawang. Pelajar yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar Tahun 1 & 2. Pelajar dan guru-guru diberi pendedahan berkaitan seni kraf dan kemahiran asas seni kraf. Mudah-mudahan program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar MTSFAZ. Insya Allah.

(Gambar)

 

IKN

 

ikn 3

 

ikn 5

 

ikn 4

Makluman kepada para ibubapa/penjaga murid MTSFAZ sesi 2014,

Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Buletin Bulanan Sekolah MTSFAZ yang telah diedarkan kepada murid-murid baru-baru ini,

In sya Allah, Semua Ibubapa/penjaga diwajibkan untuk menghadiri satu sesi taklimat ibubapa.

Butiran program adalah seperti berikut:-

Hari: Ahad (26hb JANUARI 2014)
Masa: Jam 8:30 pagi - Jam 1:00 t/hari

Tentatif:

  1. Mukaddimah oleh Ustaz Syed Abdul Kader AlJoofre
  2. Sesi penerangan oleh Guru Besar MTSFAZ
  3. Sesi penerangan oleh Penyelia Akademik
  4. Sesi penerangan oleh wakil ibubapa dan silat
  5. Sesi demonstrasi Karate-do dan silat

Sekali lagi diingatkan, kehadiran adalah wajib. Bagi memastikan kelancaran program, kerjasama daripada pihak ibubapa/penjaga untuk tidak membawa murid/anak kecil adalah sangat dihargai.

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61774315 / 016-2154015

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

234439
TodayToday1
YesterdayYesterday132
This MonthThis Month2878
All DaysAll Days234439
You are here: Home artikel terkini mtsfaz