Pada hari Rabu 29hb April 2015 yang lepas, Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah(MTSFAZ) telah menganjurkan program Super Caliphs Siri 2 yang melibatkan pelajar-pelajar dari tahun 3 hingga tahun 6 yang bertempat di Taman Metropolitan Kepong (Taman Layang-Layang). Objektif utama program ini adalah memperkasa kemahiran insaniah (softskill) dalam kalangan pelajar MTSFAZ.

   Dalam program ini, para pelajar diterap dengan pelbagai elemen yang mampu membentuk mereka menjadi insan yang memiliki ciri-ciri asas seorang Khalifah. Diharap program ini dapat memberi impak positif dalam diri para pelajar seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

IMG 20150506 WA0068 crop

 Para pelajar dan guru pengiring solat Zuhur secara berjemaah

 

IMG 20150506 WA0029 crop

Salah satu kumpulan mempersembahkan sorakan semangat

 

20150429 144621 resize

 Para pelajar diajar cara berwuduk menggunakan sebotol air

 

IMG 20150506 WA0017 resize

Para pelajar bekerjasama menyelesaikan tugasan di salah sebuah checkpoint

 

IMG 20150506 WA0023 resize

Para pelajar tekun menyelesaikan tugasan

 

Pada hari Jumaat bersamaan 24hb April 2015 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama Masjid al-Khairiyah telah berjaya menganjurkan sebuah forum bertajuk "Awas Kenali Perosak Akidah" bertempat di Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak. Forum tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Nazmi Karim dan Ustaz Aizam Mas'od.

Sebelum forum bermula, Ustaz Zulhakimi dari Perbadanan Wakaf Selangor telah menyampaikan taklimat berkaitan wakaf kepada para hadirin. Kaunter wakaf dan zakat juga dibuka bahagian luar masjid bagi memberi peluang kepada para hadirin yang ingin menunaikan zakat atau memberi sumbangan wakaf kepada pihak sekolah.

 

 

DSC 0060

Dari kiri: Ustaz Aizam Mas'od, Ustaz Firdaus(moderator) dan Ustaz Nazmi Karim.

 

 forum 2

 Antara ibubapa/penjaga yang hadir.

 

 

forum 3

Ustaz Nazmi sedang menyampaikan isi forum.

 

 

DSC 0039

Para petugas memberi penerangan berkaitan wakaf kepada salah seorang jemaah,

 


Tahniah dan terima kasih kepada semua ibubapa,penjaga serta tetamu yang hadir memeriahkan forum Kenali Perosak Akidah yang bertempat di Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak. Semoga usaha murni ini diterima oleh Allah S.W.T.

 

Sekiranya Tuan/Puan/Dato/Datin ingin memberi sumbangan wakaf kepada pihak sekolah bolehlah memberi sumbangan ke akaun berikut:

Bank: Maybank Islamic

Nama: Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah

No akaun: 5624 0560 7279

 

Penyertaan melalui cek hendaklah di atas nama 

MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH

 

Sebarang sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekolah:

03-6177 4315 (panggilan telefon)

016-2154 014 (SMS)

016-2154 015 (Whatsapp)

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

banner forum syiah copy

(Terkini)

Forum "Pemantapan Akidah"

As salam'alaik ibubapa/penjaga, insyallah pihak sekolah akan mengadakan Forum "Pemantapan Akidah" pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24hb April 2015 (Jumaat)
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri
Gombak Fasa 7, Selangor Darul Ehsan
Masa: 8.00 malam - 10.30 malam
Ahli Panel: 1. Al-Fadhil Ustaz Mohd Aizam Bin Mas'od
(Pegawai Penyelidikan (Aqidah), Jabatan Kemajuan 
Islam Malaysia) (JAKIM)
2. Al-Fadhil Ustaz Nazmi Bin Abdul Karim (Pendakwah Bebas)
Moderator: Al-Fadhil Ustaz Muhammad Firdaus Bin Abu Bakar
Tajuk: Awas! Kenali Perosak Akidah

Ceramah yang diadakan ini merupakan antara usaha pihak sekolah untuk membanteras gejala syiah yang kian berleluasa kini serta mendedahkan masyarakat umum akan bahaya syiah. Ibubapa/penjaga dijemput hadir.

banner forum syiah copy

 

Forum "Kenali Perosak Akidah"
Jumaat 24 April 2015
Bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri 
Gombak Fasa 7, Selangor Darul Ehsan

8.00 malam-10.30 malam

Panelis:
Ustaz Mohd Aizam Bin Mas'od
(Pegawai Penyelidikan (Aqidah), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) (JAKIM)


Ustaz Nazmi Bin Abdul Karim 
(Pendakwah Bebas)


Semua dijemput hadir.

 

 

b

Pada 8hb April 2015 yang lepas, MTSFAZ telah menganjurkan Taklimat Keselamatan & Latihan Kebakaran bertempat di Padang MPS hadapan sekolah.

Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Tuan Haji Harun, Timb. Ketua Balai Bomba Selayang. Dalam taklimat tersebut, para pelajar didedahkan kepada punca-punca berlakunya kebakaran serta langkah-langkah bagi mengelak berlakunya kebakaran. Pelajar juga diajar tentang langkah-langkah kecemasan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Selepas sesi taklimat, pasukan bomba turut membuat demonstrasi latihan memadam kebakaran. Beberapa orang guru dan pelajar juga turut sama terlibat dalam demonstrasi memadam kebakaran.

 

AtwzKnlKvjsvaIVHy7 7jTlZO3hAAAwiarpl89bwqI4R

 

 

AjgZ3TTiihEKIXbtIiqZZHLx3Uu0uhilOUisXDZWEb3U

 

 

AtwcvdzfzrHpN0ioosGn2XzbeZ sLndYrT7liFMyhZO3

 

Aj2j2AhpVHWqZtAEqkw8PYdPEQhqUbipHVNIiwuZ629c

 

 

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61774315 / 016-2154015

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

234439
TodayToday1
YesterdayYesterday132
This MonthThis Month2878
All DaysAll Days234439
You are here: Home artikel terkini mtsfaz