Assalamualaikum W.B.T

Pada hari Isnin, 6hb Julai 2015 yang lalu iaitu bersamaan dengan 19 Ramadhan 1436H, seramai 22 orang pelajar MTSFAZ telah menghadiri satu jemputan bagi membuat persembahan selawat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) sempena Majlis Berbuka Puasa kementerian tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Selain persembahan selawat dari pelajar-pelajar MTSFAZ, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan qasidah, tazkirah oleh Imam Muda Asyraf dan penyampaian duit raya kepada anak-anak kecil.

 

Alhamdulillah, persembahan selawat oleh pelajar-pelajar MTSFAZ berjalan dengan sangat lancar. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Tahniah juga diucapkan kepada guru yang melatih kumpulan selawat ini iaitu Ustaz Arifin dan Ustaz Firdaus. Usaha gigih mereka dalam membuat persediaan amatlah berbaloi. Semoga besar nilaiannya di sisi Allah S.W.T.

 

AIMG 0266

 

AIMG 0269

 

AIMG 0274

Pada hari Jumaat, 3hb Julai 2015 iaitu bersamaan dengan 16 Ramadhan 1436H yang lalu, Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Qiamullail yang bertempat di Dewan Saidatina Aisyah MTSFAZ. Program ini melibatkan para pelajar dari tahun 4,5 dan 6 serta seluruh guru dan kakitangan MTSFAZ. Program ini diadakan bertujuan melatih para pelajar untuk menghidupkan sepertiga akhir malam dengan ibadah sunat terutama di Ramadhan yang mulia ini.

Majlis tersebut bermula dari jam 6.30 petang (Jumaat) dan berakhir pada jam 7.00 pagi keesokan harinya (Sabtu). Antara slot yang dilalui bersama oleh para pelajar dan guru-guru adalah berbuka puasa, menunaikan solat fardhu Maghrib & Isyak, menunaikan solat sunat tarawih, qiamullail, bersahur dan solat Subuh secara berjemaah.


Semoga usaha MTSFAZ menganjurkan majlis ini diberkati dan diredhai Allah. Warga MTSFAZ mendoakan agar para pelajar dapat menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai medan untuk melatih diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat.

*Alhamdulillah, juadah berbuka puasa pada hari tersebut telah ditaja oleh En. Ayie Hashim. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat beliau atas sumbangan yang diberikan.

 

AIMG 0220

 

AIMG 0217

 

AIMG 0216

 

AIMG 0214

 

AIMG 0199

 

AIMG 0179

 

AIMG 0171

 

AIMG 0221

 

AIMG 0227

 

AIMG 0231

 

 

 

hari terbuka 2015 copy1

20150608211856


Dengan segala hormatnya tuan/puan/encik/cik dijemput hadir bagi forum yang akan diadakan seperti berikut:

"DIKIR DZIKIR FORUM"

Panelis :
(1) Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin
Personaliti TV9 dan Pakar Motivasi
(2) Al-Fadhil Ustaz Ibnu Hubain bin Abd Aziz
Pegawai Khas Perbadanan Wakaf Selangor
(3) Ustaz Badzli dan Ustaz Fakhrul
Kumpulan Nasyid UNIC

Tentatif :
6.00 ptg- pembukaan kaunter wakaf dan zakat
7.30 ptg-Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm- Forum bermula

Besar harapan kami agar pihak tuan/puan/encik/cik dapat hadir untuk memberikan sokongan disamping menambah ilmu dan berhibur. Untuk pertanyaan dan maklum balas berkaitan program boleh menghubungi pegawai kami
Puan Nor Zuriawati binti Mat Arifen (016-2154014/012-7897317) atau Cik Nur Hamizah binti Zainal Ariffin (019-5170717)

"Surah Ali Imran, ayat :92"

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan. Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Assalamualaikum W.B.T

Pada hari Jumaat bersamaan 15hb Mei 2015, Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan guru-guru dan juga pelajar. Dalam majlis ini juga, para pelajar berpeluang menyampaikan hadiah Hari Guru kepada para guru sebagai tanda terima kasih dan sayang mereka terhadap guru masing-masing.

Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa,
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru MTSFAZ. Semoga sentiasa gigih dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu dan mendidik anak-anak MTSFAZ.

"Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak"

 

2015051718131814

 

 

20150514214620

 

 

20150514214628

 

 

201505171813181

 

 

201505171806293

 

 

2015051718131812

 

 

201505171813184

 

 

IMG 0078

 

 

IMG 0199

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61774315 / 016-2154015

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

239548
TodayToday54
YesterdayYesterday86
This MonthThis Month1641
All DaysAll Days239548
You are here: Home artikel terkini mtsfaz