Assalamualaikum W.B.T

Pada hari Khamis, 27hb Ogos 2015, seramai 10 orang pelajar Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah telah menyertai saringan suku akhir Musabaqah Hafazan Al-Quran Lil Banat (MAQLIB) yang berlangsung di Maahad Tahfiz Lil Aytam, Kuang. Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan para pelajar yang terlibat. Semoga mereka terpilih untuk ke peringkat separuh akhir yang akan dijalankan pada 19 September akan datang.

 

MAQLIB1

 

MAQLIB2

 

MAQLIB3

 

MAQLIB4

Pagi tadi (Jumaat, 31hb Julai 2015), Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Saidatina Aisyah MTSFAZ. Majlis ini tetap berjalan dengan meriah walaupun dibuat secara sederhana. Berbagai aneka makanan dan minuman seperti lemang, mi, lemang, nasi impit dan kuih raya dihidangkan kepada semua pelajar, guru dan juga staf. Juadah jamuan raya ini semuanya dibawa oleh para pelajar dan guru-guru secara potluck.

Pihak MTSFAZ mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada kesilapan sepanjang tuan/puan berurusan dengan kami.

CSC 0213

 

DSC 0188

 

DSC 0202

 

DSC 0200

 

DSC 0197

 

 

 

DSC 0130

 

 

 

DSC 0163

 

DSC 0136

 

DSC 0222

DSC 0147

 

DSC 0223

Assalamualaikum W.B.T

Pada hari Isnin, 6hb Julai 2015 yang lalu iaitu bersamaan dengan 19 Ramadhan 1436H, seramai 22 orang pelajar MTSFAZ telah menghadiri satu jemputan bagi membuat persembahan selawat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) sempena Majlis Berbuka Puasa kementerian tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Selain persembahan selawat dari pelajar-pelajar MTSFAZ, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan qasidah, tazkirah oleh Imam Muda Asyraf dan penyampaian duit raya kepada anak-anak kecil.

 

Alhamdulillah, persembahan selawat oleh pelajar-pelajar MTSFAZ berjalan dengan sangat lancar. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Tahniah juga diucapkan kepada guru yang melatih kumpulan selawat ini iaitu Ustaz Arifin dan Ustaz Firdaus. Usaha gigih mereka dalam membuat persediaan amatlah berbaloi. Semoga besar nilaiannya di sisi Allah S.W.T.

 

AIMG 0266

 

AIMG 0269

 

AIMG 0274

logomtsfazsmall

 

 

Assalamualaikum W.B.T

Kepada ibubapa/penjaga yang dirahmati Allah, seperti yang telah termaktub dalam takwim sekolah 2015, cuti persekolahan MTSFAZ bagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah pada:

> 15hb Julai 2015 (Rabu) - 21hb Julai 2015 (Selasa)

Di kesempatan ini, warga MTSFAZ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilditri kepada semua ibubapa/penjaga.

Taqobbalallohu minna waminkum.

Pada hari Jumaat, 3hb Julai 2015 iaitu bersamaan dengan 16 Ramadhan 1436H yang lalu, Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az Zahrah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Qiamullail yang bertempat di Dewan Saidatina Aisyah MTSFAZ. Program ini melibatkan para pelajar dari tahun 4,5 dan 6 serta seluruh guru dan kakitangan MTSFAZ. Program ini diadakan bertujuan melatih para pelajar untuk menghidupkan sepertiga akhir malam dengan ibadah sunat terutama di Ramadhan yang mulia ini.

Majlis tersebut bermula dari jam 6.30 petang (Jumaat) dan berakhir pada jam 7.00 pagi keesokan harinya (Sabtu). Antara slot yang dilalui bersama oleh para pelajar dan guru-guru adalah berbuka puasa, menunaikan solat fardhu Maghrib & Isyak, menunaikan solat sunat tarawih, qiamullail, bersahur dan solat Subuh secara berjemaah.


Semoga usaha MTSFAZ menganjurkan majlis ini diberkati dan diredhai Allah. Warga MTSFAZ mendoakan agar para pelajar dapat menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai medan untuk melatih diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat.

*Alhamdulillah, juadah berbuka puasa pada hari tersebut telah ditaja oleh En. Ayie Hashim. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat beliau atas sumbangan yang diberikan.

 

AIMG 0220

 

AIMG 0217

 

AIMG 0216

 

AIMG 0214

 

AIMG 0199

 

AIMG 0179

 

AIMG 0171

 

AIMG 0221

 

AIMG 0227

 

AIMG 0231

 

 

 

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61774315 / 016-2154015

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

234439
TodayToday1
YesterdayYesterday132
This MonthThis Month2878
All DaysAll Days234439
You are here: Home artikel terkini mtsfaz