Berikut adalah barangan hasil rekaan pelajar-pelajar MTSFAZ dalam pertandingan rekacipta sempena Minggu Pemantapan Kendiri (MPK 2015). Dalam acara ini, pelajar-pelajar telah merekacipta barangan dari bahan-bahan terpakai.

Alcmj0pB4YbXU GxqoRGNtiSfSlM2GU44TNiOuFSPFRo

Potret Pohon Buah

 

 

Alddih1WZbnYQjgZFAHVvzI HrhwSFR8v izu4YSwdft

Bekas Barangan

 

 

Ar fDw6fTd84NgydowxgcKGEdJSnnoclA9rVjNEYVD17

Jam Meja

logo mtsfaz 140 100

 

NOTIS PENTING

PINDAAN TARIKH HARI SUKAN

Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh Hari Sukan MTSFAZ yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 25hb Oktober 2015 akan ditunda ke tarikh yang baru disebabkan cuaca yang tidak menentu serta penutupan sekolah yang mengganggu proses latihan. Maklumat berkenaan tarikh yang baru adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1hb November 2015 (Ahad)

Tempat : Gelanggang Futsal KSL, Fasa 3, Taman Sri Gombak

Sehubungan dengan itu, cuti peristiwa sempena hari sukan pada hari Isnin, 26hb Oktober 2015 yang termaktub dalam takwim sekolah juga dibatalkan. Ibubapa/penjaga diminta menghantar anak/jagaan masing-masing ke sekolah seperti biasa pada hari Isnin, 26hb Oktober 2015.Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

.:: BELASUNGKAWA ::.

 

Al-Fatihah.

 

Ayahanda kepada salah seorang guru MTSFAZ iaitu Ustaz Arifin Bahtiar telahpun pergi menghadap Ilahi tengah malam tadi. Marilah sama-sama kita berdoa agar ayahanda beliau diampunkan segala dosa serta ditempatkan bersama para solihin.

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita dikembalikan.

 

 

logo mtsfaz

 

PENUTUPAN SEKOLAH SELAMA 2 HARI AKIBAT JEREBU

Assalamualaikum W.B.T

Memandangkan keadaan jerebu mencatatkan bacaan sangat tidak sihat, pihak sekolah terpaksa mengumumkan penutupan sekolah selama 2 hari iaitu pada Isnin dan Selasa (5hb - 6hb Oktober 2015)

Peperiksaan Semester 2 yang dijadualkan bermula esok akan ditangguhkan ke hari Rabu, 7hb Oktober 2015. Justeru, murid-murid akan memulakan peperiksaan dengan jadual hari Rabu. Jadual hari Isnin dan Selasa akan diganti ke minggu seterusnya.

Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPKK pada Isnin ini, pihak sekolah masih belum mendapat sebarang makluman berkenaan penangguhan tarikh peperiksaan. Oleh itu, pelajar tahun 5 perlu hadir seperti yang dijadualkan melainkan terdapat sebarang makluman berbeza yang akan kami umumkan melalui website atau facebook sekolah selepas ini.

Harap maklum.

logo mtsfaz 140 100

 

PENTING

Assalamualaikum W.B.T

Memandangkan IPU terkini mencatatkan bacaan sangat tidak sihat, justeru pihak sekolah terpaksa mengumumkan penutupan sekolah buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Pihak sekolah akan mempertimbangkan pembukaan semula sesi persekolahan apabila IPU mencatatkan bacaan lebih rendah daripada 120 sahaja. Walaubagaimanapun, Sebarang PEGUMUMAN pembukaan /penutupan sesi persekolahan SELEPAS INI akan dibuat melalui WEBISTE dan FACEBOOK sekolah. Justeru, mohon ibubapa/penjaga mengikuti perkembangan terkini melalui medium yang telah dimaklumkan. Pihak sekolah memohon maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan ini.

 

Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PSRA pada Isnin ini, pihak sekolah masih tidak mendapat sebarang makluman berkenaan penangguhan tarikh peperiksaan daripada pihak JAIS. Oleh itu, pelajar tahun 6 perlu hadir seperti yang dijadualkan melainkan terdapat sebarang makluman berbeza yang akan kami umumkan melalui website atau facebook sekolah selepas ini. Harap maklum.

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61774315 / 016-2154015

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

239548
TodayToday54
YesterdayYesterday86
This MonthThis Month1641
All DaysAll Days239548
You are here: Home artikel terkini mtsfaz