KEM PEPIMPINAN PENGAWAS 2018

 

Kem Kepimpinan Pengawas Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahrah 2018

 

Pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaan 2 dan 3 Februari, badan pengawas sekolah telah menjalankan program Kem Kepimpinan Pengawas Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahrah 2018 di persekitaran kawasan sekolah serta Taman Rekriasi Titiwangsa Kuala Lumpur. Program ini bermula pada pukul 2 petang (2/2/18) sehingga 2 petang (3/2/18).

Penglibatan seramai 60 orang pelajar merangkumi pengawas dan pustakawan. Kem ini dijalankan untuk meningkatkan potensi pengawas pengawas menjadi pemimpin di sekolah sejurus membantu guru mengawal disiplin pelajar. Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya adalah seperti aktiviti latihan dalam kumpulan, senamrobik, pengemis buta, ‘explorace’ dan banyak lagi aktivii yang menarik telah dijalankan. 

Kem ini dipantau oleh para guru-guru MTSFAZ. Pada akhir kem  ini, majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya memenangi pertandingan yang telah disediakan oleh pihak sekolah bagi memberi ganjaran atas usaha dan penglibatan mereka. Semoga usaha pihak sekolah dan guru guru untuk mendidik anak anak MTSFAZ mendapat keredhaan Allah.

 

 

 

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61872672 / 016-2154015/ 016-2154014

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

227249
TodayToday21
YesterdayYesterday87
This MonthThis Month2037
All DaysAll Days227249
You are here: Home artikel terkini mtsfaz KEM PEPIMPINAN PENGAWAS 2018