Bahang kehangatan Pesta Usahawan Cilik Fatimah Az-zahrah 2018 
makin dirasai!!

Jom serbu 32 booth jualan di PUFAZ18!!

 

Jangan lupa luangkan masa anda pada 28 APRIL 2018, SABTU
di FASA 3, TAMAN SRI GOMBAK.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

by : Muhammad Syamil bin Abd Halim

 

MTSFAZ menyahut seruan "HARI PUISI SEDUNIA"

 

 

Sempena HARI PUISI SEDUNIA, Cesta 16 akan menganjurkan #POETRYHOUR buat pertama kalinya untuk meraikan seni penulisan terutamanya puisi.

Objektif utama #POETRYHOUR ini mengajak orang ramai, terutamanya anak muda untuk meraikan dan menghargai seni di samping memberi ruang dan peluang kepada anak muda untuk mengekspresikan emosi mereka melalui seni puisi.

#POETRYHOUR merupakan inisiatif Cesta 16 dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, ITBM, Terbitan Langit dan disokong oleh beberapa institusi pendidikan yang lain.

CESTA 16 sentiasa menyediakan platform untuk anak muda dan oranramai di luar sana mencungkil dan mengasah bakat mereka, In Sha Allah.

 

 

 

LATIHAN KEBAKARAN 2018

 

Latihan kebakaran telah pun dijalankan di Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah pada 8 Feb 2018. Masa yang di ambil oleh warga MTSFAZ untuk mengosongkan kawasan sekolah untuk berkumpul di padang pada sesi latihan kebakaran kali ini adalah lebih kurang 3 minit, catatan masa lebih baik berbanding latihan kebakaran yang di lakukan pada tahun lalu. 

 

Objektif :

1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran . 

2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.

3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran

Prosedur :

1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran

2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.

3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah / di padang (kawasan lapang) mengikut plan kebakaran sekolah masing-masing.

4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.

5. Pihak Bomba dan Penyelamat menunjukkan demonstrasi kebakaran. 

6. Murid pulang ke kelas masing-masing setelah tamat latihan kebakaran. 

 

 

 

 

 

 

 

  
SUKAN MAAHAD TAHFIZ SAINS FATIMAH AZ-ZAHRAH 2018

 

Pada 11 Mac 2018 yang lalu, MTSFAZ telah mengadakan Sukan Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah di Padang Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian sukan tahunan oleh Encik Mohd Azreey Bin Aznan selaku Penyelia MTSFAZ.

 

 

Seterusnya,  perbarisan lintas hormat. Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh rumah sukan Merah, Kuning, Biru dan Hijau. 

 

 

Kemudian, diteruskan dengan sukaneka tahap 1 dan 2. Kemudian acara diteruskan dengan olahraga. Semua peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk menang sukan tahunan kali ini. Acara untuk ibu bapa juga telah diadakan.

 

 

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Rumah Kuning telah dinobat sebagai juara sukan tahunan pada kali ini.

 

Jutaan tahniah kepada para pemenang. Dan terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama serta sokongan pada kepada anak-anak.   Jumpa lagi pada SUKFAZ tahun hadapan. =)

 

 

Program Hari Bersama Polis

 

Pada hari Rabu bersamaan 7 Februari 2018, Maahad Tahfiz Sains Fatimah Azzahrah telah mengadakan Program Hari Bersama Polis.  Ceramah berkaitan "Bahaya Jenayah Buli, Gangsterime dan Vandalism dalam Kalangan Pelajar" disampaikan oleh anggota polis SM Jamlus, Timbalan Ketua Balai Polis Gombak.

Program ini dibuat bagi memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai keburukan jenayah buli dan vandalism dalam kehidupan. Pelbagai tips dan peringatan yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar agar terhindar daripada jenayah tersebut. 

Pada akhir program ini, sedikit cenderahati diberikan kepada wakil anggota polis daripada Balai Polis Gombak yang sudi memberi penerangan kepada warga sekolah.  Semoga mereka diberi ganjaran atas usaha dan penglibatan mereka. Seterusnya, semoga anak-anak MTSFAZ dipelihara daripada melakukan jenayah tersebut. Akhir kata, semoga  usaha pihak sekolah dan guru guru untuk mendidik anak anak MTSFAZ mendapat keredhaan Allah.

 

 

 

 

 

 

Hubungi MTSFAZ

Hubungi kami:

No. 19A, Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak

Batu Caves 68100 Kuala Lumpur, Malaysia

03-61774315 / 016-2154015

Emel:
mtsfaz@gmail.com

 

Peta Lokasi MTSFAZ

Pengunjung

234439
TodayToday1
YesterdayYesterday132
This MonthThis Month2878
All DaysAll Days234439
You are here: Home artikel terkini mtsfaz